Gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan Sekolah Menengah di Zon Bandar, daerah Segamat
Era globalisasi menuntut seseorang pemimpin dalam dunia pendidikan mempunyai gaya dan ciri kepimpinan yang dapat menangani sebarang cabaran dalam memastikan organisasi pendidikan yang diterajui mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, kajian ini telah memfokuskan gaya dan ciri kepimpinan pengurus...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/31318/ http://eprints.utm.my/31318/5/IlawatiJohariMFP2012.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Era globalisasi menuntut seseorang pemimpin dalam dunia pendidikan mempunyai gaya dan ciri kepimpinan yang dapat menangani sebarang cabaran dalam memastikan organisasi pendidikan yang diterajui mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru, kajian ini telah memfokuskan gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan sekolah menengah di Zon Bandar, Daerah Segamat. Kajian ini menggunakan soal selidik dan soalan-soalan berdasarkan Model Bolman dan Deal untuk gaya kepimpinan dan Ujian Lima Sifat Utama (Big Five Personality Test) bagi ciri kepimpinan. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Science (SPSS) version 16.0 for Windows. Kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan Kerangka Sumber Manusia merupakan yang paling dominan. Manakala ciri kepimpinan yang paling dominan pula ialah Suka bergaul (Ektroversion). Seterusnya, kajian juga menunjukkan terdapat hubungan pada tahap sederhana antara gaya dan ciri kepimpinan pengurus pertengahan sekolah menengah di Zon Bandar, Daerah Segamat. Kajian menunjukkan bahawa pengurus pertengahan sekolah menengah di Zon Bandar, Daerah Segamat mementingkan kerja secara berkumpulan dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan mereka sewaktu menguruskan pentadbiran panitia untuk mencapai matlamat yang dirancang secara bersama. |
|---|