Kecenderungan keusahawanan dikalangan pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Kolej Komuiti Pasir Gudang
Keusahawanan adalah suatu bidang yang kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti samada para pelajar kemahiran vokasional Kolej Komu...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/32222/ http://eprints.utm.my/32222/5/YusrizalYusofMFS2012.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Keusahawanan adalah suatu bidang yang kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti samada para pelajar kemahiran vokasional Kolej Komuniti (KK) mempunyai kecenderungan untuk menjadi usahawan atau tidak selepas mereka tamat pengajian kelak. Kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun akhir bidang kemahiran vokasional kolej komuniti di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. KK yang dipilih untuk kajian ini ialah Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) dan Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG). Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behavior.). Pengukuran bagi kajian ini pula adalah berasaskan The Entrepreneurial Intention Questionnaire (EIQ) yang dibentuk oleh Linan, Urbano dan Guerrero (2007). Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan Alpha Cronbach di mana nilai alpha bagi setiap bahagian melebihi a=0.6. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS ver. 15) bagi mendapatkan kekerapan, min dan sisihan piawai. Analisis kajian ini juga menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Keputusan dari kajian mendapati bahawa faktor motivasi dan faktor persekitaran mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pada tahap sederhana. Manakala terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara pendedahan kepada kursus keusahawanan semasa pengajian, pengalaman keusahawan dan jenis kursus yang diambil terhadap kecenderungan keusahawanan. Dari kajian yang telah dijalankan didapati bahawa pelajar bidang vokasional secara keseluruhannya mempunyai kecenderungan terhadap bidang keusahawanan. |
|---|