Masalah kontraktor dorman yang berdaftar di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kontraktor hendaklah melakukan pendaftaran di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebelum mereka dibenarkan untuk melakukan kerja pembinaan. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh pihak CIDB menunjukkan jumlah kontraktor yang berdaftar sehingga Jun 2011 adalah seramai 62,811 kon...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Asmah Munajah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/32263/
http://eprints.utm.my/32263/
http://eprints.utm.my/32263/1/AsmahMunajahIsmailMFKA2012.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kontraktor hendaklah melakukan pendaftaran di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebelum mereka dibenarkan untuk melakukan kerja pembinaan. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh pihak CIDB menunjukkan jumlah kontraktor yang berdaftar sehingga Jun 2011 adalah seramai 62,811 kontraktor. Namun begitu, masih terdapat ramai kontraktor yang tidak dianugerahkan tender terutamanya kontraktor dormant. Jumlah kontraktor dormant sehingga Jun 2011 ialah 5,539 kontraktor. Objektif bagi kajian ini adalah mengenalpsati faktor-faktor yang menyebabkan kontraktor menjadi dormant bagi pandangan pihak CIDB dan pada pandangan kontraktor, mengenal pasti dan mengetahui jenis kerja sampingan yang dilakukan oleh kontraktor dormant dan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh CIDB untuk mengatasi masalah kontraktor dormant. Kajian yang dilakukan adalah disekitar kawasan negeri Johor. Data di kumpul melalui kaedah borang soal selidik dan temu ramah. Sebanyak 114 set borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat iaitu kontraktor dan pihak CIDB. Data dianalisis dengan menggunakan Average Index (AI). Daripada hasil kajian menunjukkan, kontraktor menjadi dormant dari perspektif CIDB ialah tiada pengalaman yang ,mencukupi dalam melaksanakan projek, kemahiran yang terhad, tiada sumber kewangan yang tetap, tidak sanggup menghadapi risiko, dan kekangan jenis projek. Manakala, kontraktor menjadi dormant dari perspektif kontraktor ialah tiada sumber kewangan yang tetap, gagal mendapatkan pinjaman, kos pengurusan yang tinggi, persaingan sengit, dan harga dokumen tender yang tinggi. Kerja sampingan yang dilakukan oleh kontraktor dormant ialah perniagaan perkhidmatan dan perniagaan makanan dan minuman. Dan keputusan untuk objektif terakhir menunjukkan tindakan yang boleh diambil oleh CIDB adalah menyediakan latihan intensif kepada kontraktor dormant.