Pembangunan dan penilaian keberkesanan persekitaran pembelajaran sosial menerusi web bagi menggalakkan pembelajaran aktif

Teknologi pada masa kini telah banyak merangsang pelbagai pendekatan baru dalam pembelajaran termasuklah e-pembelajaran. Penggunaan sistem pengurusan epembelajaran atau Learning Management System (LMS) misalnya dapat membantu pensyarah untuk merancang pembelajaran dengan lebih berkesan di samping me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Johari, Nur Ain
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/32364/
http://eprints.utm.my/32364/
http://eprints.utm.my/32364/1/NurAinJohariMFP2010.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknologi pada masa kini telah banyak merangsang pelbagai pendekatan baru dalam pembelajaran termasuklah e-pembelajaran. Penggunaan sistem pengurusan epembelajaran atau Learning Management System (LMS) misalnya dapat membantu pensyarah untuk merancang pembelajaran dengan lebih berkesan di samping memudahkan pelajar untuk mengaksesnya walau di mana sahaja berada. Namun begitu, e-pembelajaran berpandukan LMS masih lagi terikat kepada persekitaran pembelajaran formal di mana pensyarah yang menentukan aktiviti dan corak pembelajaran di dalamnya. Oleh itu, tujuan projek ini adalah untuk melihat kepada potensi pengintegrasian LMS dengan persekitaran pembelajaran yang lebih tidak formal yang juga dikenali sebagai persekitaran pembelajaran sosial atau social learning environmet (SLE) khususnya dalam meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai kandungan pembelajaran dalam pembangunan sistem ini. Soal selidik dijalankan kepada 10 orang responden iaitu pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) yang mengambil matapelajaran ini. Temubual juga dijalankan secara terbuka kepada 2 orang responden yang terpilih dari sampel yang sama. Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar menerima sistem e-pembelajaran ini sebagai medium pembelajaran. Selain itu, tahap kesenangan untuk pelajar belajar, tahap keberkesanan sistem dalam membantu pembelajaran pelajar serta ciri-ciri yang paling digemari oleh pelajar dalam pengintegrasian LMS dan pendekatan SLE ini juga turut dinilai sama. Pengintegrasian ini diharapkan dapat menjadi satu medium baru dalam epembelajaran dalam meningkatkan penglibatan aktif pelajar serta sebagai medium penyaluran dan perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran.