Penilaian kendiri guru Sains terhadap pengendalian aktiviti makmal

Kajian ini bertujuan mengkaji penilaian kendiri guru sains terhadap pengendalian aktiviti makmal. Kajian ini berfokuskan pengendalian aktiviti makmal. Responden kajian terdiri daripada 140 orang guru sains di sekitar daerah Kuching, Sarawak. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan borang so...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jais, Arshad
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/32399/
http://eprints.utm.my/32399/5/ArshadJaisMFP2010.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji penilaian kendiri guru sains terhadap pengendalian aktiviti makmal. Kajian ini berfokuskan pengendalian aktiviti makmal. Responden kajian terdiri daripada 140 orang guru sains di sekitar daerah Kuching, Sarawak. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan borang soal selidik dan temubual sebagai instrumen. Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi manakala hasil temubual 10 orang guru sains dianalisis secara isi kandungan. Ujian Anova satu hala digunakan untuk melihat perbezaan pengalaman mengajar, jawatan utama di sekolah dan bilangan murid dalam kelas terhadap pengendalian aktiviti makmal. Hasil kajian menunjukkan bahawa persediaan guru sains adalah pada aras tinggi sebelum aktiviti makmal dijalankan manakala tindakan guru sains semasa dan selepas adalah sangat tinggi dan tinggi masing-masing. Aras persepsi guru sains terhadap kepentingan pengendalian aktiviti makmal adalah tinggi dan kekangan dihadapi guru sains semasa mengendalikan aktiviti makmal adalah pada aras yang sangat rendah. Sementara hasil temubual guru juga menunjukkan kefahaman guru sains terhadap kemahiran proses sains masih rendah. Dapatan ini juga memberi implikasi yang positif kepada guru-guru sains khasnya untuk meningkatkan lagi usaha dan kemahiran mereka terhadap pengendalian aktiviti makmal di sekolah.