Pendekatan permodelan masa untuk analisis penjadualan dalam pembangunan perisian berasaskan kompenen

Dalam mereka bentuk sesebuah perisian masa–nyata terbenam, perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah mengambil kira keperluan masa–nyata perisian tersebut. Kebolehan meramal dan menganalisis masa boleh menjamin keutuhan sesebuah sistem masa–nyata terbenam. Keperluan pemasaan bagi sistem masa–...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abang Jawawi, Dayang Norhayati, Mohamad, Radziah, Mamat, Rosbi, Deris, Safaai, Mohd. Zaki, Mohd. Zulkifli
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/36986/
http://eprints.utm.my/36986/
http://eprints.utm.my/36986/1/DayangNorhayatiAbang2010_PendekatanPermodelanMasaUntukAnalisis.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam mereka bentuk sesebuah perisian masa–nyata terbenam, perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah mengambil kira keperluan masa–nyata perisian tersebut. Kebolehan meramal dan menganalisis masa boleh menjamin keutuhan sesebuah sistem masa–nyata terbenam. Keperluan pemasaan bagi sistem masa–nyata terbenam mestilah dimodelkan dengan jelas semasa fasa keperluan dan fasa reka bentuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan ralat permasaan berlaku semasa berada di lapangan dan menyebabkan kos yang banyak bagi kerja–semula pada peringkat akhir pembangunan. Analisis penjadualan merupakan alatan asas untuk menyemak ketepatan masa bagi sesebuah aplikasi masa–nyata. Kaedah analisis ini membolehkan proses menyemak faktor kekangan masa dengan meramal kes perlakuan terburuk bagi sesebuah sistem masa–nyata semasa algoritma penjadualan diaplikasikan. Kertas kerja ini mencadangkan satu pendekatan permodelan pemasaan di dalam pembangunan perisian yang berasaskan komponen dan menunjukkan bagaimana ramalan prestasi masa–nyata boleh dibuat berdasarkan model pemasaan tersebut. Satu eksperimen yang melibatkan kajian kes sistem masa–nyata terbenam telah direka bentuk untuk menunjukkan pendekatan yang dicadangkan ini dan juga mengesahkan keputusan ramalan prestasi sebenar perisian masa–nyata terbenam tersebut.