Kajian keperluan pembinaan modul pentaksiran berasaskan sekolah bagi tajuk dinamik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dipersetujuidalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010. Penekanan akan diberikan kepada pentaksiran untuk pembelajaran(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajara...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/38128/ http://eprints.utm.my/38128/ http://eprints.utm.my/38128/1/38128.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dipersetujuidalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010. Penekanan akan diberikan kepada pentaksiran untuk pembelajaran(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pelaksanaan Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS) dengan wajaran 100 peratus dalam PMR telah dimulakan pada tahun 2012 bagi murid-murid Tingkatan 1 secaraberterusan sehingga 2014 apabila murid-murid ini berada di Tingkatan 3. PBS adalah pentaksiran yang dirancang, dibina,ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluanpembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MoPBeS) bagi tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2.MoPBeS merupakan satu modul pentaksiran yang berfokus kepada pentaksiran berasaskan tugasan, pentaksiran dalampembelajaran dan pentaksiran untuk pembelajaran. Kajian ini dijalankan secara 3 Fasa. Fasa pertama adalah analisis dokumenyang dijalankan terhadap kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan pentaksiran dalam bilik darjah (classroom assessment). Fasa kedua merupakan analisis terhadap tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains tingkatan 2. Fasa ketiga merupakan kajian berbentuk soal selidik bertujuan untuk meninjau pandangan guru tentang keperluan MoPBeS untuk menambahbaik perlaksanaanPBS dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil kajian keperluan ini adalah penting bagi memastikan pembinaandan penilaian MoPBes yang akan dijalankan memberikan impak kepada pelaksanaan PBS. |
|---|