Ke arah pendidikan yang lebih berkualiti : pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti

Bagi menghasilkan sumber manusia yang berkualiti, penyemaian daya kreativiti adalah perlu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&). Persoalannya, adakah guru kimia menerapkan elemen kreativiti dalam pengajaran? Satu kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi menj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hanri, Chuzairy, Arshad, Mohammad Yusof
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/38131/
http://eprints.utm.my/38131/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi menghasilkan sumber manusia yang berkualiti, penyemaian daya kreativiti adalah perlu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&). Persoalannya, adakah guru kimia menerapkan elemen kreativiti dalam pengajaran? Satu kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi menjawab persoalan di atas ke atas guru kimia telah dijalankan. Seramai lima orang guru kimia di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai responden. Pemerhatian bilik darjah sebanyak lima kali telah dilakukan, di video, di transkrip dan di kodkan. Elemen kreatif pengajaran guru dinilai berdasarkan kepada strategi pengajaran yang digunakan iaitu adakah terdapat keseimbangan antara kawalan guru dan kebebasan pelajar, aktiviti sumbang saran idea, pembelajaran melalui pengalaman dan berpusatkan pelajar. Kajian mendapati guru kurang menggalakkan kreativiti dalam P&P. Guru cenderung mengawal pembelajaran pelajar (54%) dan kurang memberi kebebasan kepada pelajar (46%) untuk mengawal pembelajaran mereka sendiri. Aktiviti sumbang saran idea kurang dijalankan dan fokus kepada jawapan yang betul sahaja. Pembelajaran pelajar berdasarkan kepada penerangan guru (44%) dan bukan melalui pengalaman atau penerokaan (39%). Aktiviti pengajaran lebih berpusatkan guru (51%) berbanding dengan berpusatkan pelajar (49%). Satu strategi pengajaran yang lebih kondusif dan efektif perlu dibangunkan supaya dapat melahirkan pelajar yang kreatif.