Toleransi dan aktiviti sosial dalam kalangan kanak-kanak

Apabila bercakap mengenai masa hadapan, sudah semestinya pelbagai perkara yang akan kita gambarkan. Baik mahupun buruk, sudah semestinya segala-galanya menjadi persoalan. Perkara paling utama yang menjadi topik perbincangan dalam kalangan manusia ialah soal pemimpin masa hadapan kelak. Dari aspek in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jasmi, Kamarul Azmi, Razi, Mohd Rafeez, Shidun, Mohamad Shafiq
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/40050/
http://eprints.utm.my/40050/1/JasmiKA2012_Toleransi%20dan%20Aktiviti%20Sosial%20Anak-anak.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Apabila bercakap mengenai masa hadapan, sudah semestinya pelbagai perkara yang akan kita gambarkan. Baik mahupun buruk, sudah semestinya segala-galanya menjadi persoalan. Perkara paling utama yang menjadi topik perbincangan dalam kalangan manusia ialah soal pemimpin masa hadapan kelak. Dari aspek ini, kita sudah boleh lihat apa yang akan berlaku kelak. Oleh itu, Ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa perlu bertindak sebaiknya dalam mendidik anak-anak (Saat Sulaiman, 2008: 43). Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu yang belum mencapai kematangan (baligh) serta belum tahu membuat keputusan dengan sendirinya. Melalui definisi, kita boleh membuat keputusan bahawasanya anak-anak atau kanak-kanak ini memerlukan pembimbing. Untuk berhadapan dengan masa hadapan kelak, ianya bukan perkara yang mudah. Oleh itu, langkahlangkah terperinci perlu dilaksanakan untuk memastikan kehidupan anak di masa hadapan lebih terjamin (H. Mazahein, 2004: 115). Topik yang kami pilih ini lebih tertumpu kepada isu toleransi dan aktivisme sosial. Kedua-dua aspek ini amat penting untuk diaplikasikan oleh anak-anak di masa hadapan kelak. Antaranya, menjadi pemimpin yang tidak mementingkan diri, bertoleransi, membantu orangyang berada dalam keadaan kesusahan dan sebagainya. Oleh itu, Ibu bapa, guruguru dan orang dewasa akan menjadi agen atau tonggak utama dalam merealisasikan aspek ini dalam diri anak-anak.