Konsep 1 Malaysia : persepsi staf akademik institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, keturunan dan etnik yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Komposisi kaum yang terbesar adalah orang Melayu, orang Cina dan orang India yang terasing dari segi penempatan, pekerjaaan dan kebudayaan. Bagi menghapuskan jurang perbezaan ini, Perda...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/43694/ http://eprints.utm.my/43694/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, keturunan dan etnik yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Komposisi kaum yang terbesar adalah orang Melayu, orang Cina dan orang India yang terasing dari segi penempatan, pekerjaaan dan kebudayaan. Bagi menghapuskan jurang perbezaan ini, Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia pada tahun 2009 dengan harapan untuk mengukuhkan dan menjalinkan semula hubungan etnik di negara ini. Konsep 1 Malaysia adalah kesinambungan daripada kepimpinan dan dasar pentadbiran Malaysia yang telah diamalkan sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Tujuan dilaksanakan konsep 1 Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia etnik yang berbeza. Sikap persefahaman dan toleransi merupakan komponen yang penting untuk mewujud dan mengekalkan perpaduan. Konsep ini menyokong pembentukan sebuah kerajaan yang memberi keutamaan kepada rakyat dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Seminar demi seminar telah diadakan untuk mencari persepsi mudah konsep ini dan bagaimana ia boleh diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian. Sejauh manakah konsep 1 Malaysia ini dihayati dengan mudah oleh semua peringkat umur dan golongan masyarakat seperti ahli politik, ahli akademik, intelektual, pelajar, pegawai-pegawai awam dan penduduk di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Oleh itu, kertas kerja ini mendedahkan hasil dapatan kajian kepedulian staf akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terhadap konsep 1 Malaysia. Sampel kajian ini terdiri daripada 459 orang staf akademik IPT Malaysia dengan menggunakan soal-selidik sebagai instrumen kajian. Di samping itu, kertas kerja ini membincangkan persepsi staf akademik di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia terhadap konsep 1 Malaysia. Penemuan awal menunjukkan bahawa kepedulian konsep 1 Malaysia dalam kalangan staf akademik adalah baik di mana 95 peratus staf akademik tahu apa itu konsep 1 Malaysia. |
|---|