Mahasiswa dan gaya penampilan
Dalam menuju era globalisasi, penekanan terhadap kemampuan bersaing dengan negara maju menjadi agenda utama setiap negara membangun. Di samping mengejar kemajuan teknologi dan ekonomi negara, banyak negara membangun turut menekankan kemajuan sumber tenaga manusia dalam meningkat daya saing negara me...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTM Press
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/45447/ http://eprints.utm.my/45447/1/NurazmallailMarni2015_Mahasiswa%26GayaPenampilanCov.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dalam menuju era globalisasi, penekanan terhadap kemampuan bersaing dengan negara maju menjadi agenda utama setiap negara membangun. Di samping mengejar kemajuan teknologi dan ekonomi negara, banyak negara membangun turut menekankan kemajuan sumber tenaga manusia dalam meningkat daya saing negara menghadapi cabaran globalisasi. Di Malaysia misalnya, pihak kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat melahirkan tenaga kerja yang bermutu di samping dapat diterima oleh negara luar sebagai pusat kecemerlangan utama dalam sektor pendidikan di rantau Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya. Namun begitu, pelbagai cabaran dan masalah yang menjejaskan hasrat tersebut antaranya mutu pendidikan, cara penampilan pelajar dan seterusnya penguasaan kemahiran yang gagal memenuhi kehendak pasaran kerja. Isu berkaitan dengan gaya penampilan mahasiswa yang dicetuskan oleh universiti di Malaysia banyak diperkatakan. Antara perkara yang sering kedengaran ialah gaya penampilan yang tidak bersesuaian dengan kerja yang dipohon, cara berkomunikasi, dan banyak lagi. Menurut kajian yang dilakukan oleh pelajar Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007, dalam persaingan merebut pasaran kerja di Malaysia, penampilan diri dan keterampilan individu merupakan kriteria penting bagi melayakkan seseorang mendapat perhatian dalam mendapatkan sesuatu jawatan yang dipohon. Antaranya ialah tahap gaya berpakaian, kelemahan cara berkomunikasi dan seterusnya kurang berkeyakinan diri. Oleh itu, penekanan kepada gaya penampilan diri yang mencakupi perwatakan dan personaliti mahasiswa hendaklah berubah ke arah melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan berjaya memenuhi kehendak pasaran. Selain itu, pihak yang berkenaan hendaklah memainkan peranan yang bertepatan untuk menjayakan hasrat kerajaan dan negara. |
|---|