Reogram untuk polietilena berat molekul tertinggi dari indeks pengaliran leburan

Dalam perekaan bentuk alas pemprosesan polimer, pengoptimuman proses dan pengenalan masalah proses, pengetahuan mengenai lengkung pengaliran atau reogram sesuatu leburan polimer yang memberikan gambaran penuh kebezaan kelikatan leburan pada julat kadar ricihan dan suhu yang berkaitan di industri pem...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang Utama: Sulaiman, Hanizam
Format: Artikel
Bahasa:English
Diterbitkan: Jawatankuasa Penyelidikan & Perundingan, Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli, UTM 1993
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.utm.my/5156/
http://eprints.utm.my/5156/1/HanizamSulaiman1993_ReogramUntukPolietilenaBeratMolekulTertinggi.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Dalam perekaan bentuk alas pemprosesan polimer, pengoptimuman proses dan pengenalan masalah proses, pengetahuan mengenai lengkung pengaliran atau reogram sesuatu leburan polimer yang memberikan gambaran penuh kebezaan kelikatan leburan pada julat kadar ricihan dan suhu yang berkaitan di industri pemprosesan polimer adalah sangat penting.Walaubagaimanapun, data-data yang diperlukan untuk reogram ini diperolehi dari alat-alat pengukur kelikatan, reometer, yang canggih dan mahal dan memerlukan pengguna yang terlatih. Kebanyakan pengilang atau pemproses polimer tidak mampu untuk mempunyai peralatan saintifik yang serba canggih ini. Parameter pengaliran leburan yang mudah diperolehi oleh pengilang ialah indeks pengaliran leburan (melt flow index (MFI) bahan yang biasanya akan dibekalkan oleh pengeluar bahan mentah. Satu kaedah yang menggunakan indeks pengaliran leburan untuk menganggar lengkung pengaliran atau reogram polietilena berat molekul tertinggi (ultra high molecular weight polyethylene (UHMWPE) dibentangkan dalam kertas kerja ini. Dalam kaedah ini, hanya data MFI dan suhu peralihan kaca UHMWPE diperlukan untuk menganagar reogram pada suhu pemprosesan. Kaedah ini mampu untuk menganggar reogram untuk bahan-bahan polimer yang lain, seperti polipropilena, polistirena, polietilena berketumpatan rendah dan tinggi, dan poliamida (nylon) dengan berkesan.