Penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru

Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak rasmi; kurikulum tidak formal; kurikulum tersirat atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai hidden curriculum atau unwritten curriculum. Proses penerapan nilai merupakan suatu proses identifikasi dan sosialisasi yang dilakukan oleh agensi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamdi, Khasnor, Mohd. Yusof, Sanitah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/59070/
http://eprints.utm.my/59070/1/SanitahMohdYusof2014_PenerapanNilaiMelaluiKurikulumTersembunyi.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak rasmi; kurikulum tidak formal; kurikulum tersirat atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai hidden curriculum atau unwritten curriculum. Proses penerapan nilai merupakan suatu proses identifikasi dan sosialisasi yang dilakukan oleh agensi tertentu sehingga seseorang itu secara langsung dan tidak langsung telah menerima atau mengambil standard nilai yang diamalkan oleh orang perseorangan dan kumpulan ahli masyarakat untuk dijadikan satu sistem nilainya sendiri. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau konsep kurikulum tersembunyi dan menentukan apakah strategi dan masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Kajian ini melibatkan 404 orang responden. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 20.0) yang melibatkan penggunaaan statistik deskriptif dalam bentuk skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati konsep kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru berada pada tahap tinggi (min = 3.89, sp = 0.40). Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang berada pada tahap tertinggi ialah strategi secara isyarat. Manakala masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang tertinggi ialah masalah kurang pengetahuan