Penubuhan badan pengurusan bagi Geopark Lembah Kinta
Pengurusan sesebuah Geopark bukanlah tanggungjawab Jabatan Mineral dan Geosains sahaja. Sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuaan hasil tanah termasuk sumber dan warisan geologi dan hutan adalah milik kerajaan negeri. Bagi negeri Perak Geopark lembah Kinta adalalah milik Keraj...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/60563/ http://eprints.utm.my/60563/ http://eprints.utm.my/60563/1/MohdNoorsyafizalCheMFGHT2016.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pengurusan sesebuah Geopark bukanlah tanggungjawab Jabatan Mineral dan Geosains sahaja. Sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuaan hasil tanah termasuk sumber dan warisan geologi dan hutan adalah milik kerajaan negeri. Bagi negeri Perak Geopark lembah Kinta adalalah milik Kerajaan negeri. Buat masa ini tiada struktur pentadbiran formal yang telah ditubuhkan bagi menguruskannya. Sehubungan itu untuk memastikan konsep Geopark dapat dihayati dengan sepenuhnya Geopark Lembah Kinta memerlukan sebuah badan pengurusan supaya dapat mewujudkan sistem pentadbiran yang sistematik. Berdasarkan perkara yang dihuraikan di atas beberapa isu perlu diberi perhatian. Antaranya adalah Pentadbiran Geopark yang sistematik bagi memenuhi kriteria pembangunan Geopark oleh UNESCO dan melaksanakan konsep pembanguan Geopark dengan berkesan. Selain itu isu-isu pembangunan yang sering dilihat tidak “mesra alam” perlu ditangani dengan serius tanpa merugikan mana-mana pihak termasuk pengusaha dan pemilik tanah berhampiran. Perkara ini sangat berkait rapat dengan bidangkuasa dan penguatkuasaan oleh badan atau Jabatan yang menguruskan Geopark.Tambahan pula pemulihan kawasan yang tinggi nilai warisan dan geologi dengan cara membangunkannya secara terkawal belum begitu meluas dan tidak diselaras dengan baik di daerah Kinta. Perkara ini juga berkait rapat dengan tujuan penubuhan badan atau jabatan yang menguruskan Geopark yang berfungsi untuk memulihara kawasan warisan geologi (geosites). Bagi mendapatkan maklumat terperinci kaedah temubual dengan jabatan-jabatan berkaitan telah dibuat. Analisis kajian telah memperincikan 3 aspek penting iaitu kriteria pembangunan Geopark yang diperlukan untuk membolehkannya diiktiraf sebagai Geopark Global, tanggungjawab dan bidangkuasa yang diperlukan oleh Geopark Lembah Kinta bagi melaksanakan konsep pembangunan Geopark dan kerangka pentadbiran yang perlu diwujudkan untuk badan pengurusan Geopark Lembah Kinta melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. |
|---|