Peruntukan perundangan di Taman Laut Sultan Iskandar

Taman Laut Sultan Iskandar telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Ogos 2013 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Sidang Dewan Negeri ke -13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Ia bagi menggantikan nama yang sebelum ini dikenali sebagai T...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalid, Muhamad Fahrul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/60564/
http://eprints.utm.my/60564/
http://eprints.utm.my/60564/1/MuhamadFahrulKhalidMFGHT2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Taman Laut Sultan Iskandar telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Ogos 2013 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Sidang Dewan Negeri ke -13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Ia bagi menggantikan nama yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Negara (Johor) Kepulauan Mersing. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah peruntukan perundangan utama yang berkaitan dengan Taman Laut, mengkaji sejarah dan objektif penubuhan Taman Laut Sultan Iskandar dan sejauhmana penguatkuasaan perundangan utama tersebut di Taman Laut Sultan Iskandar. Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan dan gred yang terlibat secara langsung dengan pengurusan Taman Laut Sultan Iskandar. Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan kombinasi dua teknik kajian iaitu analisis kandungan dokumen dan temubual. Data-data tersebut telah dianalisis secara kualitatif. Hasil analisis yang dibuat mendapati objektif utama penubuhan Taman Laut Sultan Iskandar adalah untuk memelihara alam sekitarnya yang kaya dengan sumber semulajadi. Terdapat 4 peruntukan perundangan yang mempunyai peranan utama berkaitan dengan Taman Laut iaitu Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989. Penguatkuasaan ke atas perundangan ini di Taman Laut Sultan Iskandar turut dianalisa dalam hasil kajian ini. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan supaya peranan Perbadanan Taman Negara Johor diperluas dan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989 dipinda bagi membolehkan kawalan bersepadu dibuat ke atas tanah pulau taman laut beserta perairannya sekali.