Penentuan tahap kemampanan kampung, di Mukim Penjum, Daerah Lipis, Pahang

Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang dapat memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Penilaian tahap kemampanan kampung dapat menyumbang kearah pembangunan luar bandar yang diperlukan pada masa hadapan. Di dalam kajian ini tumpuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osoman, Muhammad Ariffin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/60565/
http://eprints.utm.my/60565/
http://eprints.utm.my/60565/1/MuhammadAriffinOsomanMFGHT2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang dapat memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Penilaian tahap kemampanan kampung dapat menyumbang kearah pembangunan luar bandar yang diperlukan pada masa hadapan. Di dalam kajian ini tumpuan akan diberi kepada kaedah yang boleh digunapakai dalam menentukan tahap kemampanan kampung. Kawasan kajian yang dipilih adalah Mukim Penjum yang terletak di Daerah Lipis Pahang. Kajian ini melibatkan 16 bilangan kampung yang dikenalpasti berada dalam lingkungan kawasan kajian. Daripada hasil kajian penulis mengharapkan model GIS kampung mampan yang dibangunkan dapat digunapakai dan dikemaskini dari masa ke semasa. Dalam menentukantahap kemampanan penulis menggunakan MURNInet dan keputusan analisa Multi Criteria Decision Making, yang dihasilkan oleh Jabatan Perancang Bandar sebagai tanda aras penetuan indeks tahap kemampanan. Penentuan tahap kemampanan adalah perlu untuk mengenalpasti kampung yang sangat-sangat memerlukan bantuandan juga dapat mengenalpasti kampung-kampung yang sudah berada pada tahap pembangunan yang cukup samada dari segi infra dan juga pembangunan fizikal. Dengan adanya kajian ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kampungkampung yang berada pada tahap sederhana dan kurang mampan diberi perhatian dan peruntukan yang sewajarnya supaya pembangunan dapat dilaksanakan selari dengan keperluan semasa. Hasil kajian menunjukkan (7) daripada (16) kampung yang dikaji berada pada tahap sederhana dan kurang mampan. Selain daripada itu lokasi kampung yang dikaji juga dapat dipaparkan secara kedudukan geografi diatas peta dengan bantuan teknologi pemetaan GIS. Penulis juga mencadangkan agar sebuah sistem berpusat dibangunkan yang boleh diakses oleh pelbagai pihak pada masa-masa akan datang.