Perampasan tanah disebabkan oleh tunggakan cukai
Kegagalan membayar cukai tanah boleh menyebabkan tindakan perampasan dibuat berdasarkan peruntukan sekseyen 100 Kanun Tanah Negara 1965. Prosedur rampasan tertakluk dibawah seksyen 131 dan 132 KTN 1965, namun walaupun prosedur perampasan jelas dinyatakan tetapi tindakan penguatkuasaan tidak dilakuka...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/60568/ http://eprints.utm.my/60568/ http://eprints.utm.my/60568/1/NorrizamMuhamadMFGHT2016.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kegagalan membayar cukai tanah boleh menyebabkan tindakan perampasan dibuat berdasarkan peruntukan sekseyen 100 Kanun Tanah Negara 1965. Prosedur rampasan tertakluk dibawah seksyen 131 dan 132 KTN 1965, namun walaupun prosedur perampasan jelas dinyatakan tetapi tindakan penguatkuasaan tidak dilakukan dengan sewajarnya oleh pentadbir tanah. Persoalannya mengapa tindakan tersebut tidak dijalankan sedangkan ia boleh membawa banyak manfaat kepada peningkatan hasil kerajaan negeri. Oleh itu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti puncapunca yang menyebabkan tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan dan apakah cara-cara yang sesuai untuk mengatasinya. Skop bagi kajian ini tertumpu kepada masalah kegagalan tindakan penguatkuasaan kerana tunggakan cukai tanah di Pejabat Tanah Johor Bahru. Responden yang ditemubual dalam kajian ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam urusan kutipan cukai dan perampasan. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati antara punca yang menyebabkan tindakan perampasan tidak dapat dijalankan ialah ketidakpatuhan terhadap prosedur perampasan yang menyebabkan tindakan yang dibuat tidak sah, kesilapan data dalam hakmilik, kecuaian terhadap pemantauan notis 6A yang dikeluarkan dan campurtangan pihak ketiga. Oleh itu, kajian ini juga mencadangkan supaya prosedur perampasan sedia ada ditambahbaik bagi mempercekapkan dan memperkasakan tindakan penguatkuasaan. |
|---|