Penjenamaan semula Majlis Agama Islam Johor melalui penstrukturan organisasi bersesuaian dengan fungsi dan peranannya

Bertitik tolak daripada ucapan bajet 2016 YAB Menteri Besar Johor di Persidangan Dewan Negeri Johor pada 19 November 2016 yang menyatakan bahawa fungsi Waqf akan dibangunkan dan diuruskan secara professional untuk dijadikan sebagai instrumen baharu Ekonomi, Pendidikan dan Kebajikan jelas menunjukkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Zihan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/60569/
http://eprints.utm.my/60569/
http://eprints.utm.my/60569/1/ZihanIsmailMFGHT2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bertitik tolak daripada ucapan bajet 2016 YAB Menteri Besar Johor di Persidangan Dewan Negeri Johor pada 19 November 2016 yang menyatakan bahawa fungsi Waqf akan dibangunkan dan diuruskan secara professional untuk dijadikan sebagai instrumen baharu Ekonomi, Pendidikan dan Kebajikan jelas menunjukkan bahawa sudah sampai masa agensi terlibat melakukan anjakan paradigma dalam merealisasikan hasrat kerajaan. Kenyataan YAB Menteri Besar bahawa instrumen dan institusi ini dipinggirkan serta tidak dikembangkan secara optimum sepatutnya menyedarkan pihak terbabit agar bingkas bangkit menyahut cabaran dengan cara menunjukkan keberhasilan yang memberangsangkan. Penjenamaan semula Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui Penstrukturan Organisasi bersesuaian dengan fungsi dan peranannya dilihat perlu dilaksanakan untuk memastikan ianya berupaya membina kapasiti dan mekanisme yang membolehkannya beroperasi secara berkesan dalam persekitaran yang meliputi pelbagai pihak yang berkepentingan. Ianya perlu diteliti dari sisi positif agar agensi ini tidak ketinggalan dalam menempuh cabaran yang memaksaperubahan dalam cara bekerja.Cara pengukuran keberkesanan agensi kerajaan dan sistem penyampaian awam harus diubahsuai agar selari dengan kehendak semasa. Pembolehubah kesediaan kepada penjenamaan, pengetahuan fungsi organisasi dan bidang tugas, komitmen, dorongan kerja serta pendirian terhadap penjenamaan semula dilaksanakan ke atas responden yang dikenal pasti terlibat atau berkait rapat dengan operasi organisasi yang dikaji. Daripada kajian soal selidik yang dijalankan, 90.6% responden percaya bahawa penjenamaan dan penstrukturan semula akan memudahkan kakitangan MAIJ lebih memahami bidang/skop tugas serta ianya akan menjelaskan lagi fungsi dan peranan organisasi. Seterusnya, turut dikemukakan cadangan penjenamaan yang difikirkan perlu dan patut dilaksanakan ke arah membudayakan kecemerlangan di organisasi berkenaan.