Strategi awal menghafaz Al-Quran menurut Abu Dzar Al-Qalamuni
Kewujudan pengajian tahfiz di Malaysia pada masa kini semakin berkembang pesat. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Sekolah tahfiz berperanan melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai al-Quran dari segi ba...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/60812/ http://eprints.utm.my/60812/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kewujudan pengajian tahfiz di Malaysia pada masa kini semakin berkembang pesat. Perkembangan ini disebabkan oleh kesedaran dan permintaan ibu bapa dalam menerapkan al-Quran kepada anak-anak melalui hafazan. Sekolah tahfiz berperanan melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai al-Quran dari segi bacaan, pemahaman, dan hafazan. Dalam pengajian tahfiz, pelajar memerlukan strategi untuk menghafaz al-Quran. Tanpa strategi, pelajar sukar untuk mengingat ayat-ayat al-Quran. Kesukaran ini akan memberi kesan kepada kualiti dari aspek kelancaran dan pengekalan hafazan. Ciri-ciri strategi menghafaz al-Quran yang berkesan adalah bermula dengan persediaan yang mantap dan teratur. Justeru artikel ini bertujuan mengenalpasti persediaan pelajar sebelum menghafaz al-Quran menurut al-Qalamuni dalam karyanya ‘Aunir Rahman fi Hifzil Quran. Hasil penelitian mendapati bahawa alQalamuni membahagikan persediaan sebelum menghafaz al-Quran kepada dua bahagian, iaitu persediaan luaran dan dalaman. Dapatan kajian ini akan menjadi panduan buat guru dan pelajar dalam merangka strategi awal menghafaz al-Quran dengan lebih baik. |
|---|