Penilaian pembelajaran berasaskan kompetensi: kajian kes di kolej komuniti

Sumber guna tenaga mahir kini menjadi agenda utama Malaysia dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. Kini dianggarkan 1.5 juta pekerja mahir diperlukan bagi menyokong perkembangan sektor industri negara. Dalam merealisasikan matlamat menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia telah menga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Daud, Mohd. Anizam, Mohamed Hakimi, Abdul Rahman, Andin Abdullah, Nur Qistina, Nordin, Mohd. Safarin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/60906/
http://eprints.utm.my/60906/1/NurQistinaAbdullah2014_PenilaianPembelajaranBerasaskanKompetensi.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sumber guna tenaga mahir kini menjadi agenda utama Malaysia dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. Kini dianggarkan 1.5 juta pekerja mahir diperlukan bagi menyokong perkembangan sektor industri negara. Dalam merealisasikan matlamat menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sumber tenaga mahir melalui usaha bersepadu di dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Kini kelayakan daripada institusi bukan suatu keutamaan oleh bakal majikan. Majikan kini lebih berhati-hati dalam pengambilan pekerja dengan menjadikan nilai-nilai kompetensi yang ada pada individu sebagai keutamaan. Justeru, rata-rata institusi latihan dan kemahiran kini telah menuju ke arah itu dengan meletakkan kompetensi sebagai suatu keutamaan bagi membangunkan kebolehpasaran pelajar. Pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Kompetensi (PBK) dalam PTV merupakan pendekatan yang praktikal bagi melahirkan pekerja mahir yang bukan sahaja berkualiti dan mahir tetapi memiliki nilai kompeten yang tinggi dalam perlakuan dan pemikiran terhadap kerja. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah dan prinsip yang diamalkan dalam penilaian kompetensi pelajar. Kaedah temubual digunakan di dalam kajian ini yang dijalankan terhadap tenaga pengajar. Penganalisisan dokumen juga dilakukan bagi mendapatkan gambaran secara tepat akan bentuk-bentuk penilaian yang diamalkan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pembangunan kompetensi pelajar tertumpu kepada elemen pengetahuan dan kemahiran praktikal kerja, manakala elemenelemen „soft skills?, profesionalisma, nilai-nilai norma dan juga sikap tidak disepadukan di dalam penilaian kursus secara khusus.