Pendidikan teknikal dan latihan vokasional ke arah pemupukan kemahiran generik hijau

Kemajuan ekonomi negara haruslah diimbangi dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Justeru itu dalam menyokong pertumbuhan ekonomi hijau, negara memerlukan sumber manusia yang dilengkapi dengan kemahiran bukan teknikal atau kemahiran generik. Ini kerana negara amat bergantung kepada keupa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Adzmi, Nadia Hartini, Abd. Hamid, Mohd. Zolkifli, Kamin, Yusri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/61017/
http://eprints.utm.my/61017/1/MohdZolkifliAbd2014_PendidikanTeknikaldanLatihanVokasional.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemajuan ekonomi negara haruslah diimbangi dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Justeru itu dalam menyokong pertumbuhan ekonomi hijau, negara memerlukan sumber manusia yang dilengkapi dengan kemahiran bukan teknikal atau kemahiran generik. Ini kerana negara amat bergantung kepada keupayaan generasi muda yang berkebolehan bagi memenuhi kehendak industri yang memerlukan tenaga kerja mahir, berpendidikan dan berkualiti (Siti Nur Rohazrien, 2013). Dalam konteks kelestarian alam sekitar, kemahiran ini disebut sebagai kemahiran generik hijau yang merupakan value added kepada kemahiran generik sedia ada. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (PTLV) merupakan platform yang mampu mendorong sumber manusia ke arah kelestarian. Semakin banyak seseorang pekerja itu mendapat pendedahan berkenaan konsep kelestarian, maka semakin banyak kesedaran yang mereka peroleh untuk melakukan perubahan sikap dan tingkah laku di tempat kerja yang dapat menyokong kepada pertumbuhan ekonomi hijau. Kertas kerja ini membincangkan secara terperinci mengenai peranan pendidikan teknikal dan latihan vokasional dalam menjayakan pembangunan lestari dan kepentingan komponen kemahiran generik hijau dalam sukatan kurikulum PTLV.