Kesediaan pelajar tahun akhir politeknik dalam memperoleh kerjaya berdasarkan kemahiran insaniah

Banyak laporan di media massa yang menyentuh isu pengangguran dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi (IPT). Rentetan daripada itu, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak IPT termasuk Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangani masalah yang berpunca daripada kelemahan para...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Musta’amal, Aede Hatib, Mohd. Zain Al Rashidi, Amirul Hakim, Rosmin, Norzanah, Misran, Norehan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/61305/
http://eprints.utm.my/61305/1/AedeHatibMustaamal2014_KesediaanPelajarTahunAkhirPoliteknik.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banyak laporan di media massa yang menyentuh isu pengangguran dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi (IPT). Rentetan daripada itu, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak IPT termasuk Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangani masalah yang berpunca daripada kelemahan para graduan untuk mempamekan tahap kompetensi yang baik setelah berada di alam pekerjaan. Justeru, artikel ini cuba melaporkan satu kajian yang cuba meninjau tentang kesediaan pelajar tahun akhir politeknik khususnya Diploma Kejuruteraan Mekanikal dalam memperoleh kerjaya berdasarkan kemahiran insaniah. Pembolehubah yang dikaji adalah kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja, berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar politeknik. Namun begitu, artikel ini akan hanya menumpukan dapatan bagi kemahiran komunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian dijalankan di salah sebuah politeknik premier, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 80 orang pelajar tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 40 item dan menggunakan maklum balas skala Likert 5 mata. Hasil daripada analisis kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik dengan bacaan Alpha Cronbach 0.97. Data analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Dapatan menunjukkan tahap min keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.31. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden yang merupakan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Politeknik mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam persediaan menuju ke alam pekerjaan.