Penggunaan Teknologi Kampus Astro dalam kalangan guru sekolah luar bandar

Program jangkau luar (outreach programme) Kampus Astro merupakan satu usaha kerjasama di antara pihak korporat dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberikan pendidikan bentuk bergambar sebagai sumber rujukan pendidikan bagi mengimbangi jurang maklumat kawasan Bandar dan luar Bandar. Projek te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Musta’amal, Aede Hatib, Ahmad Sobri, Rahil Asyikin, Rosmin, Norzanah, Talib, Abd. Aziz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/61315/
http://eprints.utm.my/61315/1/AedeHatibMusta%27amal2014_PenggunaanTeknologiKampusAstro.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program jangkau luar (outreach programme) Kampus Astro merupakan satu usaha kerjasama di antara pihak korporat dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberikan pendidikan bentuk bergambar sebagai sumber rujukan pendidikan bagi mengimbangi jurang maklumat kawasan Bandar dan luar Bandar. Projek tersebut memberikan peluang kepada guru khususnya di sekolah luar Bandar untuk menggunakan teknologi terkini dalam menyampaikan maklumat pembelajaran secara menarik dan menghiburkan kepada pelajar mereka. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan Teknologi Kampus Astro (TKA) ini dalam kalangan guru sekolah luar Bandar. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek yang mempengaruhi guru terhadap penggunaan Kampus Astro iaitu faktor kekerapan penggunaan, faktor dorongan guru terhadap penggunaan, faktor kekangan guru terhadap penggunaan, dan faktor sikap guru terhadap penggunaan. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan melibatkan dua buah sekolah luar Bandar di Negeri Kedah. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik berstruktur yang mengandungi 31 item dengan menggunakan maklumbalas Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik ialah 0.85. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 16 bagi mendapatkan nilai peratusan dan frekuensi. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan Teknologi Kampus Astro di mana guru kerap menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.