Implemementasi nilai kedamaian dalam pendidikan Al Sulh persepsi terhadap isu kekeluargaan dalam Islam
Nilai-nilai murni dalam pendidikan al-Sulh mengutamakan prinsip redha-meredhai kerana Allah SWT. Terdapat 10 nilai yang dijadikan pendidikan al-Sulh iaitu Salam, Syahadah, Seruan, Sumpah, Sufi, Syukur, Simak, Sabar, Syafaat dan Silaturahim. Nilai-nilai ini dibentuk berasaskan kepada kaedah al-Sulh y...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/61329/ http://eprints.utm.my/61329/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Nilai-nilai murni dalam pendidikan al-Sulh mengutamakan prinsip redha-meredhai kerana Allah SWT. Terdapat 10 nilai yang dijadikan pendidikan al-Sulh iaitu Salam, Syahadah, Seruan, Sumpah, Sufi, Syukur, Simak, Sabar, Syafaat dan Silaturahim. Nilai-nilai ini dibentuk berasaskan kepada kaedah al-Sulh yang dijalankan di Jabatan Kehakiman Syariah di Malaysia. Penerapan nilai al-Sulh telah membentuk teras kedamaian dalam menyelesaikan pertikaian dalam isu kekeluargaan lslam. Hasil pembentukan nilai-nilai murni dalam pendidikan al-Sulh adalah sebahagian daripada dapatan kajian terhadap isu perceraian yang diselesaikan menerusi kaedah al-Sulh. Dalam proses al-Sulh pihak-pihak bertikai diberi pendedahan tentang 10 nilai al-Sulh, dan kebanyakan kes yang diselesaikan berjaya terhasil apabila pihak bertikai menggunakan nilai-nilai al-Sulh dalam mempengaruhi keputusan pertikaian dalam isu perceraian seperti ke hadanah, mutaah, mas kahwin, iddah dan harta sepencarian. Hasil kajian juga menjelaskan bahawa pihak bertikai yang tidak meletakkan nilai-nilai pendidikan al-Sulh dan mendominasi ke arah negatif seperti perasaan membalas dendam dan sifat cemburu akan menyebabkan perundingan al-Sulh gagal dan mereka perlu melanjutkan pertikaian mereka ke peringkat mahkamah. Dalam konteks kajian ini, 10 nilai dalam pendidikan al-Sulh perlu dijadikan garis panduan asas dalam memahami konsep perdamaian dalam konteks pertikaian yang mengutamakan kebajikan khususnya mementingkan perkembangan anak-anak yang harmonis dengan persekitaran yang baik walaupun dalam bentuk keluarga yang bercerai. Dalam hal ini, pendidikan al-Sulh menitik beratkan agar keluarga yang bercerai memikirkan tanggungjawab dalam menunaikan hak sama ada sebagai suami atau isteri dan ayah atau ibu agar masing-masing mematuhi amanah dan tanggungjawab dalam syariat lslam. |
|---|