Kecaknaan mahasiswa geomatik institusi pengajian tinggi awam terhadap ilmu astronomi – kajian awalan

Kursus Astronomi Lapangan ini merupakan kursus asas di universiti awam dan politeknik yang menawarkan program Geomatik. Program ini merupakan disiplin ilmu yang menggunakan pelbagai peralatan pengukuran bagi menjelaskan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penentuaan sesuatu kedudukan di atas muka bum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainon, Othman, Che Awang, Mohamad Saupi, Abd. Razak, Azizan, Nik Mahmood, Nik Hasnaa, Masrom, Maslin
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/63255/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kursus Astronomi Lapangan ini merupakan kursus asas di universiti awam dan politeknik yang menawarkan program Geomatik. Program ini merupakan disiplin ilmu yang menggunakan pelbagai peralatan pengukuran bagi menjelaskan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penentuaan sesuatu kedudukan di atas muka bumi. Salah satu kursus yang ditawarkan dalam bidang Geomatik adalah Astronomi Lapangan. Bidang ini boleh menentukan kedudukan-kedudukan di bumi dengan melakukan cerapan dan perhitungan kepada jasad-jasad samawi seperti matahari, bulan dan bintang. Kedudukan di muka bumi ditentukan dengan menghitung nilai-nilai latitud, longitud, altitud, azimut dan masa. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh mana tahap kecaknaan mahasiswa Geomatik terhadap ilmu astronomi yang telah dipelajari di institusi pengajian masing-masing. Kajian awalan ini telah melibatkan seramai 46 responden yang terdiri daripada mahasiswa tahun 2 hingga tahun 4. Hasil kajian menunjukkan para mahasiswa geomatik mempunyai kecaknaan yang tinggi terhadap kepentingan mengetahui ilmu astronomi. Namun, lebih 75% responden menyatakan bahawa ilmu astronomi ini amat sukar untuk difahami.