Keperluan pembinaan struktur kurikulum kursus penghasilan dan pengkomersilan makanan

Malaysia mempunyai banyak agensi kerajaan yang membantu pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) makanan dalam bentuk latihan inovasi dan teknologi, modal insan, pembiayaan, akses pasaran dan pembangunan infrastruktur. Walau bagaimanapun sehingga 2014, jumlah perusahaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Amin, Siti Hajar, Ismail, Sarimah
Format: Article
Published: Faculty of Education, UTM 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/66883/
http://eprints.utm.my/66883/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia mempunyai banyak agensi kerajaan yang membantu pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) makanan dalam bentuk latihan inovasi dan teknologi, modal insan, pembiayaan, akses pasaran dan pembangunan infrastruktur. Walau bagaimanapun sehingga 2014, jumlah perusahaan firma besar dalam penghasilan produk makanan hanya 2.7%. Oleh itu kajian bagi mengenalpasti kelemahan latihan penghasilan m akanan dan pengkomersialan sediada yang dikendalikan oleh agensi tersebut telah dijalankan. Kajian ini mengaplikasi rekabentuk kajian kualitatif. 20 sampel dipilih secara bertujuan daripada kalangan bekas peserta program yang pernah mendapat latihan pengha silan dan pengkomersilan makanan yang dikendalikan oleh mana - mana daripada agensi latihan tersebut. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kelemahan dalam latihan yang diberi dari aspek tidak menyediakan struktur kurikulum yang terancang, kandungan pelajaran latihan yang tiada kesinambungan di antara satu sama lain. Latihan berbentuk amali tidak dijalankan di tempat yang kondusif, jurulatih latihan kurang kurang mahir, strategi pengajaran latihan dijalankan berpusa tkan jurulatih dan tiada penilaian penguasaan isi kandungan latihan. Dengan mengambil kira kelemahan – kelemahan tersebut kajian ini mencadangkan kurikulum latihan bagi penghasilan dan pengkomersialan produk makanan perlu dibangunkan.