PROSES PEMIKlRAN MATEMATIK PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN TEKNIK KAMIRAN
Kajian ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu pertama, bertujuan untuk meninjau secara lebih mendalam tentang kemahiran pelajar dalam menyelesaikan persamaan pembezaan pembolehubah boleh pisah, kedua, mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran dan ketiga menin...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/608/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/608/1/PROSES%20PEMIKlRAN%20MATEMATIK%20PELAJAR%20DALAM%20PEMBELAJARAN%20TEKNIK%20KAMIRAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu pertama, bertujuan untuk meninjau secara lebih mendalam tentang
kemahiran pelajar dalam menyelesaikan persamaan pembezaan pembolehubah boleh pisah, kedua,
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran dan ketiga
meninjau proses pemikiran pelajar dalam menilai suatu kamiran serta mengenal pasti kesukaran yang
dihadapi oleh mereka dalam menilai suatu kamiran. Sampel kajian seramai 120 orang pelajar tahun 2
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus Persamaan Pembezaan Permulaan pada
semester 2 sesi 2003/2004 telah dipilih secara rawak. Instrumen bagi fasa 1 adalah Ujian 1 bagi kursus
berkenaan. Fasa 2 pula menggunakan soal selidik terbuka tentang masalah pelajar dalam pembelajaran
teknik kamiran. Fasa 3 pula dilaksanakan secara temu duga klinikal terhadap 15 pelajar berpencapaian
cemerlang, sederhana dan lemah yang dipilih secara rawak daripada sampel fasa 1 dan mereka
menyelesaikan 2 soalan kamiran secara "think-aloud". Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tidak
dapat menyelesaikan persamaan pembezaan pembolehubah boleh pisah dengan betul, walaupun mereka
boleh mencamkan bentuk persamaan yang diberikan. Ini adalah disebabkan oleh penguasaan pelajar yang
lemah dalam teknik kamiran. Antara 3 masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran
teknik kamiran ialah sukar mengingati rumus dalam teknik kamiran, sukar memilih teknik kamiran yang
sesuai dan tidak menguasai teknik karniran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa proses pernikiran
matematik dalam pembelajaran teknik kamiran bagi pelajar berpencapaian cemerlang adalah baik. Mereka
didapati dapat memikirkan strategi secara teratur dan mudah untuk membuat pernilihan teknik kamiran
yang sesuai dan seterusnya dapat menilaikan kamiran dengan menggunakan cara yang betul dengan teknik
pilihan mereka. Manakala, proses pernikiran pelajar berpencapaian sederhana dan lemah pula adalah lemah
dalam pembelajaran teknik kamiran di mana dapatan menunjukkan bahawa mereka tidak merancang
dengan baik, menggunakan strategi yang sesuai dan mengikut proses yang logik dan sah dalam
menyelesaikan soalan kamiran yang diberi. Selain itu, pelajar-pelajar yang berpencapaian sederhana dan
lemah didapati menghadapi beberapa kesukaran dalam menilaikan suatu karniran yang diberi. Antara
kesukaran-kesukaran tersebut adalah kesukaran dalam memilih teknik kamiran yang betul bagi suatu
kamiran, kesukaran dalam mengenal pasti bahawa mereka melakukan kesilapan dalam proses menilai suatu
kamiran, kesukaran dalam mencamkan bentuk karniran as as yang boleh dikarnirkan terus dan bentuk
kamiran yang bukan asas yang tidak boleh dikarnirkan terus, kesukaran dalam mencamkan bentuk karniran
suatu fungsi dengan teknik karniran yang betul bagi menilaikan karniran tersebut dan kesukaran dalam
membezakan rumus-rumus dalam teknik karniran dan rumus-rumus pembezaan. |
|---|