Pembangunan modul pembelajaran kendiri pendidikan alam sekitar bagi pelajar sekolah menengah

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana Modul Pembelajaran Kendiri Pendidikan Aiam Sekitar dapat membantu guru dan pelajar sekolah menengah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, tahap kebolehlaksanaan dan mesra pengguna. Resp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Azuin
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1193/
http://eprints.uthm.edu.my/1193/1/24_Pages_from_PEMBANGUNAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_PENDIDIKAN_ALAM_SEKITAR_BAGI_PELAJAR_SEKOLAH_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana Modul Pembelajaran Kendiri Pendidikan Aiam Sekitar dapat membantu guru dan pelajar sekolah menengah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, tahap kebolehlaksanaan dan mesra pengguna. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang guru dan 50 orang pelajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yang dipilih secara rawak. Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah jenis soal selidik di mana penilaian dilakukan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap Modul Pembeiajaran Kendiri Pendidikan Alam Sekitar. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS)version 11.0 yang melibatkan skor min, peratus dan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian isi kandungan modul (skor min= 3.19), kesesuaian aktiviti (skor min = 3.18), tahap kebolehlaksanaan (skor min = 3.17) dan ciri-ciri mesra pengguna (skor min = 3.20) adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru dan pelajar terdapat kesesuaian isi kandungan, kesesuaian aktiviti, kebolehlaksanaan dan ciri-ciri mesra pengguna. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan Modul Pembelajaran Kendiri Pendidikan Alam Sekitar ini dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.