Kompetensi pelajar dalam pembelajaran dewasa menggunakan model kompetensi iceberg
Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi pelajar dalam pembelajaran dewasa menggunakan model kompetensi iceberg dari sudut keperluan pembelajaran, penggunaan pembelajaran dan strategi pembelajaran seterusnya mengenalpasti hubungan antara tahap kompetensi dengan keperluan, penggunaan dan stra...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6202/ http://eprints.uthm.edu.my/6202/1/KOMPETENSI_PELAJAR_DALAM_PEMBELAJARAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi pelajar dalam pembelajaran
dewasa menggunakan model kompetensi iceberg dari sudut keperluan pembelajaran,
penggunaan pembelajaran dan strategi pembelajaran seterusnya mengenalpasti
hubungan antara tahap kompetensi dengan keperluan, penggunaan dan strategi
pembelajaran. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan kebarangkalian
dengan kaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 133 orang
pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dewasa di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia melalui Program Khas Pensiswazahan Guru Besar dan Skim Latihan Dual
Nasional. Skor min, sisihan piawai dan pemeringkatan digunakan untuk melaporkan
data deskriptif. Korelasi Pearson digunakan untuk melaporkan hubungan antara tahap
kompetensi dengan keperluan dan strategi pembelajaran dan ujian regresi pelbagai
untuk melaporkan pengaruh keatas tahap kompetensi. Dapatan kajian menunjukkan
keperluan pembelajaran bagi pelajar adalah tinggi tetapi terdapat perbezaan mengikut
jantina, umur, pengalaman kerja dan program yang diikuti. Tahap kompetensi pelajar
adalah tinggi'tetapi dipengaruhi oleh faktor jantina dan pengalaman kerja. Analisis ke
atas strategi pembelajaran mendapati strategi pembelajaran berasaskan masalah
merupakan strategi yang paling sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dewasa.
Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dari segi statistik antara
tahap kompetensi dengan keperluan pembelajaran dan strategi pembelajaran. Kuliah,
pembelajaran berasaskan masalah dan kajian kes merupakan strategi-strategi
pembelajaran yang mempengaruhi tahap kompetensi pelajar. |
|---|