Kajian pengoptimuman penyahikatan larutan menggunakan kaedah permukaan sambutan

Proses penyingkiran bahan pengikat polietilena glikol (PEG) dari padatan pengacuan suntikan logam dikaji pada pelbagai nilai beban serbuk, suhu larutan dan juga masa rendaman, atau pembolehubah tak bersandar. Rekabentuk gubahan memusat berputar digunakan untuk mengkaji kesan pembolehubah tersebut te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: M. Amin, Sri Yulis, Muhamad, Norhamidi, Abdullah, Shahrir, Jamaludin, Khairur Rijal
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6800/
http://eprints.uthm.edu.my/6800/1/SRI_YULIS_M._AMIN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses penyingkiran bahan pengikat polietilena glikol (PEG) dari padatan pengacuan suntikan logam dikaji pada pelbagai nilai beban serbuk, suhu larutan dan juga masa rendaman, atau pembolehubah tak bersandar. Rekabentuk gubahan memusat berputar digunakan untuk mengkaji kesan pembolehubah tersebut terhadap kekuatan jasad perang, atau pembolehubah bersandar. Kertas kerja ini membincangkan penggunaan Kaedah Permukaan Sambutan(RSM) dalam mengoptimumkan parameter pemprosesan penyahikatan larutan bagi padatan serbuk keluli tahan karat SS316L (saiz purata 19.6 µm) untuk mencapai kekuatan jasad perang yang maksimum. Berdasarkan nilai optimum yang diperolehi (beban serbuk 64% isipadu, suhu larutan sebanyak 59oC dan masa rendaman selama 3 jam), kekuatan jasad perang maksimum yang dicapai adalah 5 MPa. Beban serbuk memiliki kesan paling signifikan terhadap kekuatan jasad perang, diikuti masa rendaman dan suhu larutan. Kaedah ini memberi kemudahan dalam penyelidikan penyahikatan larutan pada masa akan datang terutamanya untuk menyingkirkan PEG dari jasad anum dengan hanya menggunakan persamaan matematik tanpa perlu melakukan ujikaji.