Potensi antourism di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia
Entomopelancongan bukan suatu yang baharu di Malaysia jika disandarkan kejayaan kupu-kupu dan kelip-kelip sebagai produk pelancongan alam semulajadi sebelum ini. Kajian-kajian terkini mendapati terdapat beberapa kumpulan serangga lain yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk entomopelancon...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9061/ http://eprints.uthm.edu.my/9061/1/Muhammad_Shafiq_Hamdin.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Entomopelancongan bukan suatu yang baharu di Malaysia jika disandarkan kejayaan
kupu-kupu dan kelip-kelip sebagai produk pelancongan alam semulajadi sebelum ini.
Kajian-kajian terkini mendapati terdapat beberapa kumpulan serangga lain yang
berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk entomopelancongan seperti semut
yang tinggi kehadirannya. Kajian ini bertujuan untuk mempelbagai produk
pelancongan dalam usaha mempertingkat industri pelancongan alam semulajadi di
Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER). Fasa I kajian ini melibatkan
pemerhatian kehadiran serangga dan juga persampelan spesimen semut. Hasil
pemerhatian menunjukkan kumpulan serangga semut antara paling mudah dilihat di
TNJER yang diikuti oleh anai-anai dan nyamuk. Fasa II pula telah dilakukan kajian
soal selidik terhadap 117 orang pelancong TNJER untuk mengetahui pengetahuan
ekologi semut yang dikehendaki. Responden telah memilih sistem komunikasi semut
sebagai pengetahuan ekologi yang utama diikuti oleh morfologi semut, sistem
pertahanan dan kaedah mencari makanan dan pemakanan. Hasil pada Fasa II telah
digunakan dalam Fasa III kajian untuk mengkaji pelbagai aspek ekologi kumpulan
serangga tertumpu melalui kajian lapangan dan maklumat sekunder. Akhir sekali,
Fasa IV pula untuk memenuhi objektif terakhir kajian bagi menghasilkan satu buku
kecil ANTourism di TNJER dan mengujinya. Berdasarkan percubaan penggunaan
buku kecil oleh pelancong juga telah berjaya mendapatkan beberapa pandangan dan
cadangan bernas bagi penambahbaikan kandungan buku kecil pada masa hadapan.
Keseluruhannya, ANTourism diharapkan menjadi penyumbang kepada industri
pelancongan selain mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharan alam
sekitar. Menghargai alam bermula dengan mengenali alam itu sendiri. |
|---|