Model pengajaran refleksi berfokuskan pengetahuan pedagogi kandungan sains dalam bidang kimia
Penyelidikan kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan amalan refleksi dalam kalangan guru pelatih kimia di Universiti Teknologi Malaysia. Perlaksanaan amalan refleksi guru pelatih kimia ini berfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu isu yang direfleks, proses dan kolaborasi yang dilakukan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/32279/ http://eprints.utm.my/32279/ http://eprints.utm.my/32279/1/NorHasnizaIbrahimPFP2012.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyelidikan kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan amalan refleksi dalam kalangan guru pelatih kimia di Universiti Teknologi Malaysia. Perlaksanaan amalan refleksi guru pelatih kimia ini berfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu isu yang direfleks, proses dan kolaborasi yang dilakukan dalam dua kitaran semasa sesi latihan mengajar. Dalam Kitaran I (minggu 1 hingga 5 sesi latihan mengajar) responden diminta melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kefahaman amalan refleksi mereka. Manakala dalam Kitaran II (minggu 6 hingga 12 sesi latihan mengajar), responden diminta melakukan refleksi dengan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing. Seramai 15 orang guru pelatih kimia, tujuh orang pensyarah pembimbing dan 14 orang guru pembimbing dipilih secara bertujuan sebagai responden dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian dilakukan dengan menggunakan beberapa instrumen, iaitu ruangan refleksi kendiri dalam buku persediaan mengajar, jurnal refleksi, soalan temubual, dokumen laporan oleh penilaian pensyarah dan guru pembimbing, buku persediaan mengajar, transkrip perbincangan dan rakaman pengajaran guru pelatih kimia. Data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan dan naratif yang seterusnya ditriangulasikan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan jumlah isu pengetahuan pedagogi kandungan sains yang direfleks iaitu daripada 21 peratus pada Kitaran I kepada 58 peratus pada Kitaran II. Proses amalan refleksi yang berstruktur juga telah dipamerkan oleh guru pelatih kimia pada Kitaran II merangkumi komponen mengenalpasti permasalahan, pembinaan pengetahuan dan perlaksanaan tindakan serta melaksanakan proses amalan refleksi berterusan yang tidak dilaksanakan guru pelatih kimia dalam Kitaran I, yang melaksanakan proses amalan refleksi yang tidak berstruktur dan tidak melakukan pemantauan berterusan. Dapatan juga menunjukkan terdapat peningkatan peratusan sebanyak 52.3 peratus dalam Kitaran II berbanding 18.2 peratus dalam Kitaran I bagi perlaksanaan amalan refleksi secara kolaborasi dalam penerapan pengetahuan pedagogi kandungan sains antara guru pelatih kimia dengan pensyarah dan guru pembimbing. Pada keseluruhannya, kajian ini mendapati proses penyeliaan secara klinikal berteraskan pengetahuan pedagogi kandungan sains adalah penyumbang utama terhadap peningkatan keberkesanan amalan refleksi guru pelatih kimia. Seterusnya, dapatan daripada Kitaran I dan Kitaran II dalam kajian ini telah digunakan untuk membina Model Pengajaran Refleksi Berfokuskan Pengetahuan Pedagogi Kandungan Sains yang merangkumi 1) memahami masalah, 2) pembinaan pengetahuan dan 3) perlaksanaan tindakan beterusan. Model ini diharapkan dapat membantu guru mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains seterusnya berupaya membina pelajar berfikiran saintifik. |
|---|