Penghasilan mi campuran susu soya dan rumpai laut Kappaphycus Alvarezii dan Caulerpa Lentillifera

Kajian yang telah dijalankan adalah penghasilan produk mi rumpai laut dengan kombinasi tepung gandum, serbuk rumpai laut K. alvarezii dan C. lentillifera dan air diganti dengan susu soya. Daripada 9 formulasi yang dibentuk, keputusan ujian pemeringkatan menunjukkan F4, F4 dan F9 telah dipilih. Satu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Afiqah Osman,
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.ums.edu.my/5986/
http://eprints.ums.edu.my/5986/1/ae0000001010.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang telah dijalankan adalah penghasilan produk mi rumpai laut dengan kombinasi tepung gandum, serbuk rumpai laut K. alvarezii dan C. lentillifera dan air diganti dengan susu soya. Daripada 9 formulasi yang dibentuk, keputusan ujian pemeringkatan menunjukkan F4, F4 dan F9 telah dipilih. Satu formulasi terbaik dipilih iaitu F5 daripada hasil ujian hedonik yang dijalankan. Sampel F5 adalah kombinasi 83% tepung gandum, nisbah serbuk rumpai laut K.alvarezii kepada C. lentillifera ialah 10.5:4.5% dan garam 2%. F5 mencatatkan nilai skor min tertinggi pada semua atribut dan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada atribut kekenyalan, kelembutan dan penerimaan keseluruhan. Hasil analisis proksimat menunjukkan mi rumpai laut dan susu soya mengandungi kandungan abu 35.82±0.38%, kelembapan 14.16±0.16, protein 11.34±0.22, lemak 0.83±0.20%, serabut kasar 1.11±0.05, kabohidrat 36.28±0.29 dan kandungan tenaga yang diperoleh adalah 208kcal/g. Hasil keputusan untuk serabut diet mi rumpai laut dengan susu soya adalah 1.5±00%. Ujian mutu penyimpanan pula dijalankan selama 8 minggu pada suhu 25±2°C. Hasil keputusan bagi ujian mikrobiologi mendapati bilangan koloni masih lagi dibawah 106 cfu/g. Keputusan ujian kelembapan menunjukkan terclapat perbezaan yand signifikan (p<0.05) diantara kandungan kelembapan sepanjang tempoh penyimpanan. Keputusan ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara atribut sepanjang tempoh penyimpanan. Mi rumpai laut ini dijangka mempunyai tempoh penyimpanan lebih kurang 8 minggu. Bagi potensi pembelian mi rumpai laut dengan susu soya ini mempunyai peluang yang baik dipasaran.