Sifat fizikokimia dan sensori bebola ikan daripada ikan Tilapia Merah (Oreochromis Niloticus) dan cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor-Caju)
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan produk bebola ikan daripada ikan tilapia merah dan cendawan tiram kelabu. 9 formulasi bebola ikan tilapia merah campuran cendawan tiram kelabu (TCCTK) telah dibentukkan dengan mengguna reka bentuk faktoriaI 3X3 di mana pembolehubah adalah ikan tilapia merah (...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | English |
| Published: |
2012
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.ums.edu.my/7783/ http://eprints.ums.edu.my/7783/1/ae0000001631.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan produk bebola ikan daripada ikan tilapia merah dan cendawan tiram kelabu. 9 formulasi bebola ikan tilapia merah campuran cendawan tiram kelabu (TCCTK) telah dibentukkan dengan mengguna reka bentuk
faktoriaI 3X3 di mana pembolehubah adalah ikan tilapia merah (50%, 55%, dan 60%) dan cendawan tiram kelabu (10%, 20%, dan 30%). Formulasi bebola ikan TCCTK yang terbaik iaitu F9 (60% ikan tilapia merah dan 30% cendawan tiram kelabu) telah
dipilih melalui ujian sensori untuk menjalankan analisis yang selanjutnya. Satu bebola ikan kawalan telah disediakan dengan menggunakan 90% ikan kerisi (Nemipterus japonicus). Analisis proksimat menunjukkan bebola ikan TCCK F9 mengandungi lembapan, abu, dan serabut kasar yang lebih tinggi daripada bebola ikan kawalan. Manakala, kandungan protein, karbohidrat, dan kalori bebola ikan TCCTK F9 adalah
lebih rendah daripada bebola ikan kawalan. Keputusan ujian lipatan menunjukkan kedua-dua bebola mempunyai tekstur yang memuaskan. Dalam analisis tekstur profil, kekohesifan dan keanjalan bagi kedua-dua bebola tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05). Manakala, kekerasan dan kekunyahan bebola ikan TCCTK F9 adalah lebih rendah daripada bebola ikan kawalan. Kedua-dua bebola mempunyai perbezaan yang
signifikan (p<0.05) bagi atribut warna di mana bebola ikan TCCTK F9 mempunyai warna yang lebih gelap. Jangka hayat bagi kedua-dua bebola yang disimpan pada suhu 40C dalam plastik PE adalah kurang daripada 1 minggu. Keputusan ujian pengguna menunjukkan bebola ikan TCCTK F9 mendapat sambutan yang baik dan mempunyai potensi untuk dipasarkan. |
|---|