KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (STUDENTS TEAM ACHIEVEMENT DIVISION - STAD) TERHADAP PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan Pembelajaran Koperatif kaedah STAD (Students Team Achievement Division) terhadap pembelajaran matematik pelajar sekolah menengah. Reka bentuk eksperimen benar ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berlangsung selama enam minggu ini terdiri darip...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang Utama: WONG , LEE LENG
Format: Thesis
Diterbitkan: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2014
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/627/
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/627/1/Kesan%20Pembelajaran%20Koperatif%20%28Students%20Team%20Achievement%20Division-STAD%29%20Terhadap%20Pembelajaran%20Matematik%20Dalam%20Kalangan%20Pelajar%20Sekolah%20Menengah.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan Pembelajaran Koperatif kaedah STAD (Students Team Achievement Division) terhadap pembelajaran matematik pelajar sekolah menengah. Reka bentuk eksperimen benar ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berlangsung selama enam minggu ini terdiri daripada 50 orang responden pelbagai kaum dan tahap pencapaian akademik yang diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, kumpulan rawatan (kaedah koperatif) dan kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul dengan menggunakan ujian pencapaian dan soal selidik sikap matematik. Pemerhatian dan rakaman video juga dilakukan. Perbezaan min ujian pencapaian dan soal selidik dianalisis secara inferensi dengan menggunakan ujian-t dan data pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis ujian-t bebas mendapati min ujian pencapaian dan sikap matematik kumpulan rawatan sifgnifikan (p<.05) lebih tinggi daripada min pencapaian kumpulan kawalan. Skor min dimensi keseronokan dan minat dalam sikap matematik kumpulan rawatan juga lebih tinggi dan signifikan secara statistik (p<.05) berbanding dengan skor min kumpulan kawalan tetapi tidak signifikan untuk dimensi kemahiran sosial. Data pemerhatian menunjukkan responden kumpulan rawatan lebih bertanggungjawab terhadap ahli kumpulannya berbanding dengan responden kumpulan kawalan. Kaedah STAD amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian matematik dan sikap matematik pelajar dari segi minat dan keseronokan, tetapi kemahiran sosial adalah tidak jelas. Penyelidikan berterusan tentang kaedah Pembelajaran Koperatif perlu dilaksanakan agar mendapat bukti yang lebih kukuh tentang keberkesanannya.