Persepsi pensyarah terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik
Pembangunan kemahiran memimpin, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi di kalangan pelajar boleh dilaksanakan menerusi proses penerapan dalam pengajaran dan pembelajaran kokurikulum di institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah kokurikulu...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2175/ http://eprints.uthm.edu.my/2175/1/Dr._Ahmad_Esa_(FPT).pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pembangunan kemahiran memimpin, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi di kalangan pelajar boleh dilaksanakan menerusi proses penerapan dalam pengajaran dan pembelajaran kokurikulum di institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah kokurikulum terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 291 orang pensyarah politeknik dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan para responden memberi maklum balas positif terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik. Didapati juga, secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan responden berlainan jantina, tahap kelulusan dan jenis kokurikulum terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik. Walau bagaimanapun daripada segi kemahiran-kemahiran berkaitan kepimpinan terdapat perbezaan yang signifikan dalam konteks responden berlainan jenis kokurikulum. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah menghormati orang lain, berlaku adil dengan semua pihak, melaksanakan kuasa dengan amanah dan bertanggungjawab. Kajian ini menunjukkan bahawa kokurikulum dapat membantu membina kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar politeknik-politeknik di Malaysia. |
|---|