Kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti

Pada hari ini kemahiran kompetensi interpersonal amat diperlukan dalam kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan dan penguasaan elemen kompetensi interpersonal dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara khus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Mohamad Zaid, Maznor, Mirdaa, Mohd Salleh, Kahirol, Madar, Ahmad Rizal, Abd Razzaq , Abdul Rasid, Ahad, Rosnee
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3153/
http://eprints.uthm.edu.my/3153/1/KOMPETENSI_INTERPERSONAL_DALAM_KALANGAN_MAHASISWA_DI_UNIVERSITI.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada hari ini kemahiran kompetensi interpersonal amat diperlukan dalam kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan dan penguasaan elemen kompetensi interpersonal dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat tahap elemen penerapan dan penguasaan kompetensi interpersonal dalam tujuh indikator iaitu kemahiran melatih, kemahiran maklum balas, kemahiran menyoal, kemahiran dalam kumpulan, kemahiran berbincang, kemahiran membuat pembentangan dan kemahiran menulis dengan merujuk kepada Model HRD Pratice Mc Lagan. Seramai 66 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min, susunan mengikut peringkat dan kolerasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran dalam kumpulan yang paling tinggi dalam tahap penerapan dan penguasaan kompetensi interpersonal. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tahap penerapan elemen kompetensi interpersonal dengan penguasaan elemen kompetensi dalam kalangan pelajar dan tiada hubungan antara tahap penerapan kompetensi dengan latar belakang pendidikan sarjana muda. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kompetensi interpersonal dalam kalangan mahasiswa di universiti.