Penghasilan serbuk dan snek amplang daripada jambu batu
Penghasilan serbuk dan snek daripada jambu batu ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk baru daripada jambu batu. Pemprosesan serbuk jambu batu adalah menggunakan proses pengeringan. Kadar pengeringan terbaik ditentukan dengan menggunakan suhu 50, 60, 70 dan 80°C. Keputusan yang diperolehi d...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | English |
| Published: |
2006
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.ums.edu.my/7227/ http://eprints.ums.edu.my/7227/1/ae0000001412.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penghasilan serbuk dan snek daripada jambu batu ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk baru daripada jambu batu. Pemprosesan serbuk jambu batu adalah menggunakan proses pengeringan. Kadar pengeringan terbaik ditentukan dengan menggunakan suhu 50, 60, 70 dan 80°C. Keputusan yang diperolehi daripada penilaian sensori menunjukkan produk daripada suhu pengeringan 50°C merupakan kadar pengeringan terbaik. Ini adalah disebabkan formulasi tersebut mempunyai nilai skor min yang tertinggi untuk atribut warna
(4.53+0.51), aroma (4.50+0.51) and penerimaan keseluruhan
(4.90±0.85). Sementara itu, keputusan ujian analisis proksimat menunjukkan bahawa serbuk mengandungi 10.32% kandungan air, 10.86% abu, 11.12% protein, 0% lemak, 33.29% serabut kasar, dan 35.4% karbohidrat. Kandungan vitamin untuk serbuk ialah 13.23mg/100g. Pengformulasian dan pemprosesan snek jambu batu adalah berdasarkan penghasilan keropok amplang. Pengubahsuaian formulasi dilakukan terhadap peratusan kandungan serbuk jambu batu dan tepung ubi. Keputusan ujian sensori menunjukkan formulasi nisbah
tepung ubi kepada serbuk jambu batu ialah 4:2 merupakan formulasi terbaik dengan skor min tertinggi dalam atribut rasa jambu batu (4.50%0.73), rasa tepung ubi (4. 63±0.49), aftertaste (4.40%0.56) dan penerimaan keseluruhan (4.63±0.62). Bagi mutu penyimpanan selama empat minggu, serbuk dan snek jambu batu adalah masih selamat dimakan dan masih dalam keadaan baik. |
|---|