Kajian potensi pasaran serbuk air kelapa muda sejukbeku kering pelbagai perisa

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menlnJau kualiti sensori dan potensi pasaran serbuk air kelapa muda sejukbeku kering berperisa limau kasturi, mangga dan nanas. Kaedah utama digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Jumlah responden yang diperolehi dalam kajian ini adalah seram...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lau, Eih Yien
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.ums.edu.my/7863/
http://eprints.ums.edu.my/7863/1/ae0000001684.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menlnJau kualiti sensori dan potensi pasaran serbuk air kelapa muda sejukbeku kering berperisa limau kasturi, mangga dan nanas. Kaedah utama digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Jumlah responden yang diperolehi dalam kajian ini adalah seramai 350 orang yang terdiri daripada 65.1% perempuan dan 34.9% lelaki. Responden terpilih adalah berumur di antara 18 hingga 46 tahun ke atas yang dikategorikan kepada 5 kelas umur iaitu 18-24, 25-31, 32-38, 39-45 serta 46 tahun dan ke atas. Didapati tiada hubungan signifikan (p>0.05) antara sosiademografik responden seperti jantina, umur, bangsa, agama, status perkahwinan, pekerjaan dan perdapatan bulanan dengan tahap penerimaan produk tersebut. Seramai 60.3% orang responden yang ditinjau menyatakan pernah mendengar tentang teknologi pengeringan sejukbeku kering. Walaupun tiada hubungan signifikan (p>0.05) antara kesedaran dan tahap pengetahuan teknologi dengan potensi pasaran produk, namun, terdapat seramai 54.9% orang responden menyatakan akan membeli produk tersebut sekiranya dipasarkan. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan (p<0.05) antara aspek keselamatan dan keyakinan kualiti serbuk sejukbeku kering dengan tahap pengetahuan teknologi. Ujian hedonik berdasarkan atribut-atribut seperti warna, aroma, rasa, aftertaste dan penerimaan keseluruhan telah dikaji. Keputusan menunjukkan produk berperisa mangga paling digemari oleh responden dengan skor min penerimaan keseluruhannya 3.65±0.92, diikuti oleh peri sa nanas 3.47±0.87 dan terakhirnya perisa limau kasturi 3.19±1.04. Terdapat 77.4% orang responden didapati akan membeli produk bedasarkan jenis reka bentuk pembungkusan. Sacet terpilih sebagai reka bentuk pembungkusan yang paling digemari oleh responden (63.1%) berbanding dengan kantung dan tin. Reka bentuk pembungkusan didapati akan mempengaruhi potensi pasaran produk (Likelihood ratio=0.000). Kesimpulannya, perisa mangga mempunyai potensi pasaran paling tinggi berdasarkan keputusan ujian sensori dengan skor min penerimaan keseluruhannya 3.65±0.92.